Assalamualaikum,
Untuk makluman semua, program GEMILANG GATHERING adalah program tahunan dimana ibu bapa dijemput untuk memeriahkan program bersama adik-adik mentee. Program berkonsepkan sukaneka adalah bertujuan untuk merapatkan ukhwah tiga penjuru; adik mentee - mentor, mentor - ibu bapa dan ibu bapa - mentee.
Program STEP 'N GO kali ini akan menjamin sedikit perubahan dari tahun-tahun sebelum ini. Kali ini, konsep "sukan dan riadah" diaplikasikan agar memberi satu kelainan dan mampu mencapai objektif program. Program ini sepenuhnya aktiviti fizikal yang meminta kerjasama semua pihak untuk berjalan, berlari, dan akan menguji kreativiti dan daya kritis bukan sahaja mentor dan mentee, malah ibu bapa yang hadir.
Program ini disusun agar ibu bapa dapat merasai sedikit modul yang pernah dijalankan kepada adik-adik mentee sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kelab. Selain itu, ibu bapa dan adik-adik mentee akan berkenalan dengan lebih rapat keluarga-keluarga Gemilang yang lain.
Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program STEP 'N GO ini, anda semua dijemput untuk hadir dan merasai sendiri semua aktiviti yang telah disusun bengan tema kekeluarga disamping dapat mengisi masa luang seisi keluarga. Jumpa anda di sana!
Wasalam.
No comments:
Post a Comment